Phg. P.U. 19/98
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (UJIAN NAFAS, DARAH DAN AIR KENCING) 1998




Kaedah 10. Keterangan dalam prosiding bagi kesalahan melibatkan minuman yang memabukkan

(1) Dalam prosiding bagi suatu kesalahan melibatkan minuman yang memabukkan, keterangan mengenai kandungan alkohol di dalam suatu spesimen nafas, darah atau air kencing yang diadakan oleh tertuduh hendaklah diambil kira.

(2) Keterangan mengenai kandungan alkohol di dalam suatu spesimen nafas, darah atau air kencing boleh, tertakluk kepada kaedah (4) dan (5), diberikan dengan mengemukakan dokumen atau dokumen-dokumen yang berupa sebagai sama ada-
(3) Suatu spesimen darah tidaklah boleh diambil kira melainkan jika ia telah diambil daripada tertuduh dengan persetujuannya oleh seorang pengamal perubatan Kerajaan; tetapi keterangan bahawa suatu spesimen darah telah diambil sedemikian boleh diberikan dengan mengemukakan suatu dokumen yang berupa sebagai memperakui fakta itu dan ditandatangani oleh seorang pengamal perubatan Kerajaan.

(4) Suatu dokumen yang berupa sebagai pernyataan atau perakuan sedemikian, atau kedua-duanya, sebagaimana yang disebut dalam subkaedah (2) boleh diterima dalam keterangan bagi pihak pendakwa menurut kaedah ini hanya jika suatu salinannya sama ada telah diserahkan kepada tertuduh apabila dokumen itu dikemukakan atau telah disampaikan kepadanya tidak lewat daripada tujuh hari sebelum pendengaran itu, dan mana-mana dokumen lain boleh diterima sedemikian hanya jika suatu salinannya telah disampaikan kepada tertuduh tidak lewat daripada tujuh hari sebelum pendengaran itu; tetapi suatu dokumen yang berupa sebagai sesuatu perakuan tidaklah boleh diterima sedemikian jika tertuduh, tidak lewat daripada tiga hari sebelum pendengaran itu atau dalam apa-apa masa selanjutnya yang dibenarkan oleh Mahkamah dalam hal keadaan khas, telah menyampaikan notis kepada pihak pendakwa menghendaki orang yang olehnya dokumen itu berupa sebagai ditandatangani supaya hadir di pendengaran itu.

(5) Jika, pada masa suatu spesimen darah atau air kencing dikehendaki diadakan oleh tertuduh, dia telah meminta supaya diberikan spesimen itu, maka keterangan mengenai kandungan alkohol di dalam spesimen itu tidak boleh diterima bagi pihak pendakwa melainkan jika-
(6) Suatu salinan perakuan yang dikehendaki oleh kaedah ini supaya disampaikan kepada tertuduh atau notis yang dikehendaki oleh kaedah ini supaya disampaikan kepada pihak pendakwa bolehlah dihantar sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar akuan terima (A/R Register).



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.