Phg. P.U. 18/2005
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (FI, ELAUN DAN KOS) 2005




JADUAL KETIGA - BAHAGIAN IX
BAHAGIAN IX

AM

Kos menurut budi bicara

55. (1) Jika dalam peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas dalam Jadual ini ada dicatatkan perkataan “Menurut budi bicara”, maka amaun kos yang hendak dibenarkan berkenaan dengan butiran tersebut hendaklah (tertakluk kepada apa-apa perintah Mahkamah yang menentukan kos yang hendak dibenarkan) mengikut budi bicara Hakim.

(2) Dalam menjalankan budi bicaranya di bawah perenggan ini Hakim hendaklah memberi perhatian kepada semua hal keadaan yang relevan, dan khususnya kepada—


Kehadiran di Kamar

56. (1) Peruntukan-peruntukan berikut dalam perenggan ini terpakai berhubungan dengan tiap-tiap pendengaran dalam Kamar.

(2) Di dalam suatu penetapan kos, hanya kos yang telah dibenarkan oleh Mahkamah ditentukan di pendengaran dan semasa penentuan kos Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara yang disebut dalam perenggan 1(2) Bahagian ini dalam Jadual ini.

(3) Semasa di dalam pendengaran kes sekiranya Mahkamah memperakukan bahawa sesuatu prosiding telah dijalankan dengan segera dan tenaga dan kemahiran teristimewa seseorang peguamcara diterima, maka Hakim di dalam menetapkan kos harus mengambil kira perakuan tersebut.

Kehadiran di hadapan Pendaftar

57. Atas apa-apa kehadiran di hadapan Pendaftar bagi maksud menyelesaikan terma-terma dan memberi apa-apa penghakiman atau perintah, jika ternyata kepada Pendaftar bahawa kehadiran itu adalah dari suatu sifat yang khas atau berpanjangan atau kesukaran yang luar biasa, maka dia boleh, jika diminta berbuat demikian oleh mana-mana pihak, mengeluarkan suatu perakuan bagi maksud tersebut, dan Hakim menetapkan kos yang hendak dibenarkan bagi kehadiran itu hendaklah mengambil kira perakuan tersebut.

Salinan-salinan dokumen

58. (1) Amaun bagi salinan-salinan dokumen bercetak atau faksimili atau mengikut apa-apa cara yang luar biasa atau khas, atau jika apa-apa perubahan menjadi perlu selepas pruf pertama bagi dokumen itu hendaklah ditetapkan oleh Hakim secara munasabah amaun tersebut termasuk amaun perjalanan atau percetakan.

(2) Peguamcara yang berhak ke atas salinan-salinan dokumen bercetak hendaklah membayar amaun yang dikenakan ke atas bilangan salinan dokumen tersebut.

(3) Elaun salinan bercetak di bawah butiran 48 Jadual ini hendaklah dijadikan sebagai tambahan kepada elaun-elaun di bawah peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas dalam perenggan ini seperti mana yang perlu atau patut bagi—


(4) Elaun-elaun di bawah Jadual ini untuk menyediakan apa-apa saman, pliding, notis afidavit atau dokumen lain hendaklah dikira sebagai termasuk elaun untuk menyediakan apa-apa salinan perlu yang dibuat untuk kegunaan peguamcara dan kliennya atau, dalam hal suatu saman, pliding atau notis, untuk penyampaian.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.