Yang Di-Pertua hendak-Iah mempunyai kuasa2 yang berikut:
(a) Menyiasat ka-atas apa2 pembayaran zakat atau fitrah atau memereksa apa2 buku akaun atau apa2 kertas yang di-simpan, di-keluarkan atau di-terima oleh Amil atau Kadzi berkaitan dengan kerja zakat atau fitrah dan mewakilkan kuasa2 itu, kapada mana2 orang atau pegawal Majlis;
(b) Menerima, memungut atau menuntut daripada mana2 orang Islam apa2 wang yang boleh di-terima sa-bagai zakat dan fitrah atau mewakilkan kuasa2 itu kapada mana2 orang atau pegawai Majlis untok menjalankan kewajipan itu bagi pehak-nya;
(c) Melantek pegawai2, guru2 dan pekerja2 yang gaji mereka itu di-bayar dari wang zakat dan fitrah atau menamatkan perkhidmatan mereka dengan sharat gaji mereka itu tidak lebeh daripada $100 sa-bulan.