Phg. P.U. 18/1970
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG2 UGAMA ISLAM, 1956
KAEDAH2 DI-BAWAH SEKSHEN 103




Kaedah 7. Pungutan fitrah

(1) Amil hendak-lah, pada tiap2 tahun pada awal bulan Rejab membanchi orang2 Islam yang tinggal dalam kawasan-nya yang wajib membayar fitrah mengikut Hukum Shara' dan hendak-lah menyimpan suatu rekod mengenai nama mereka dan bilangan orang tanggongan mereka dalam Daftar Banchi Fitrah sa-bagaimana di-tetapkan dalam Jadual B. Amil hendak-lah menghantar satu salinan Jadual B itu kapada Kadzi dalam tempoh lima belas hari sa-lepas tarikh akhir Banchi itu.

(2) (a) Amil boleh menerima fitrah berupa beras atau wang tunai sa-bagaimana di-tetapkan oleh Majlis dari sa-masa ka-samasa
(3) Amil hendak-lah mengeluarkan suatu resit dalam borang yang di-tetapkan kapada orang yang membayar fitrah itu.

(4) Amil hendak-lah menyerahkan semua wang fitrah hasil pungutan-nya itu atau beras sa-bagai ganti fitrah bersama2 dengan suatu akaun mengenai-nya kapada Kadzl dalam tempoh sa-puloh hari sa-lepas pungutan itu. Salinan kedua bagl reslt2 itu hendak-Iah di-kembarkan kapada, dan di-hantar bersama2 dengan, akaun tersebut itu. Mana2 pegawai lain yang di-berikuasa dengan bertulis oleh Yang Di-Pertua boleh juga menerima wang fitrah daripada Amil.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.