Phg. P.U. 18/2005
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (FI, ELAUN DAN KOS) 2005




JADUAL PERTAMA (Sambungan)

No.

Butiran

Fi MRS
(RM)

Fi MTS
(RM)

Catatan








Terjemahan










22.

Atas penyemakan, pembetulan dan pemerakuan terjemahan yang tidak dibuat ditambah oleh Jurubahasa Mahkamah.

5.00
ditambah RM1.00
untuk setiap
folio

5.00
ditambah RM1.00
untuk setiap
folio








23.

Atas perakuan tentang amaun atau transkrip tentang akaun bagi apa-apa wang, kumpulan wang atau sekuriti termasuk permintaan mengenainya.

4.00

4.00








24.

Atas pembayaran, penyerahsimpanan, pemindahan atau pendepositan wang kumpulan wang atau sekuriti dalam Mahkamah.

4.00

4.00








25.

Atas permintaan kepada Perbendaharaan Negeri untuk mendapatkan maklumat secara bertulis berkenaan dengan apa-apa wang, kumpulan wang atau sekuriti dalam Mahkamah atau apa-apa transaksi dalam pejabatnya.

4.00

4.00









Penetapan Kos










26.

Apabila menetapkan bil kos, jika—











(a) amaun yang diperintahkan tidak melebihi RM1,000.00;

4.00










(b) amaun yang diperintahkan melebihi RM1,000.00 bagi tiap-tiap RM1,000.00 tambahan yang dibenarkan atau pecahannya.

2.00









27.

Atas perakuan atau alokatur mengenai keputusan penetapan itu.

4.00

4.00









Pelbagai










28.

Apabila memfailkan apa-apa dokumen yang tidak diperuntukkan dalam Jadual ini.

4.00

4.00








29.

Atas apa-apa carian, termasuk pemeriksaan, bagi setiap
setengah jam atau sebahagian daripadanya.

4.00

4.00








30.

Atas permohonan bagi pengemukaan rekod atau dokumen yang hendak diberikan sebagai keterangan—











(a) jika rekod atau dokumen itu ditinggalkan di Mahkamah;

4.00

4.00









(b) jika seorang pegawai dikehendaki mengemukakan rekod atau dokumen itu di Mahkamah.

20.00

40.00








31.

Permohonan bagi kehadiran seorang pegawai Mahkamah sebagai saksi bagi setiap setengah hari atau sebahagian daripadanya.

10.00

10.00








32.

Apabila memfailkan afidavit atau afidavit tambahan, bagi setiap orang yang membuatnya.

3.00

3.00









Dan bagi setiap ekshibit yang dikehendaki ditandakan.

1.00

1.00








33.

Apabila memperakui cabutan apa-apa dokumen, yang bukannya suatu penghakiman atau perintah, di mana tiada fi ditetapkan dalam Jadual ini.

2.00

2.00









Penyampaian dan Pelaksanaan










34.

Bagi setiap percubaan untuk menyampaikan kepada setiap orang akan apa-apa proses atau prosiding yang dikehendaki disampaikan oleh Mahkamah.

2.00

2.00








35.

Dan jika lebih daripada 3 kilometer dari Mahkamah bagi tiap-tiap kilometer tambahan.

2.00

2.00








36.

Bagi melaksanakan tiap-tiap perintah pelaksanaan, perintah pengkomitan, penangkapan atau penahanan harta.

10.00

10.00








37.

Untuk melepaskan harta yang disita mengikut arahan pihak yang mengeluarkan perintah pelaksanaan, penahanan, penangkapan atau penahanan harta.

5.00

5.00








38.

Komisen sebanyak 5 peratus akan dikenakan ke atas RM1,000.00 yang pertama dan 3 peratus ke atas semua jumlah wang yang selebih daripada itu apabila dilevikan dengan cara penyitaan dan penjualan, jumah wang itu hendaklah termasuk komisen pelelong.



Hendaklah dipotong oleh
Pendaftar







39.

Komisen sebanyak 2 peratus akan dikenakan ke atas semua wang diterima oleh Pendaftar di bawah notis hiwalah.



Hendaklah dipotong oleh
Pendaftar







40.

Komisen sebanyak 1 peratus akan dikenakan ke atas semua wang yang diterima oleh Pendaftar sebagai penjelasan perintah penyitaan dan penjualan atau jika pelaksanaan ditarik balik, dijelaskan atau diberhentikan.



Hendaklah dipotong oleh
Pendaftar







41.

Komisen sebanyak 1 peratus akan dikenakan ke atas anggaran nilai harta yang disita atau amaun yang dinyatakan dalam perintah itu mengikut mana yang kurang jika pelaksanaan ditarik balik, dijelaskan atau diberhentikan.



Hendaklah dipotong oleh
Pendaftar







42.

Bagi setiap seorang yang perlu ditugaskan untuk menjaga apa-apa harta di bawah penyitaan.

Kos Sebenar


Hendaklah dibayar secara tunai kepada
Pendaftar atau
terus mengikut
baucar yang
diperakui oleh
Pendaftar







43.

Untuk mengalihkan barangan atau binatang ke suatu tempat untuk simpanan selamat dan makanan serta rawatan yang diberikan.

Kos Sebenar


Hendaklah dibayar secara tunai kepada
Pendaftar atau
terus mengikut
baucar yang
diperakui oleh
Pendaftar







44.

Untuk mengiklankan dan memberi publisiti tentang penjualan dengan cara lelong.

Kos Sebenar


Hendaklah dibayar secara tunai kepada
Pendaftar atau
terus mengikut
baucar yang
diperakui oleh
Pendaftar








Nota—Dalam tiap-tiap kes yang pelaksanaannya ditarik balik, dijelaskan atau diberhentikan fi itu hendaklah dibayar oleh orang yang atas permintaannya penjualan itu diberhentikan, dan amaun apa-apa kos atau caj yang kena dibayar di bawah Jadual ini hendaklah ditetapkan oleh Hakim, sekiranya Pendaftar dan pihak yang bertanggungan membayar kos dan caj itu tidak bersetuju dengan amaun itu.










45.

Permintaan bagi pembayaran keluar daripada wang yang
dibayar masuk ke dalam Mahkamah mengikut perintah
ansuran jika wang itu melebihi RM1,000.00.

2 peratus daripada jumlah wang yang dibayar keluar


Permintaan









Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.