Phg. P.U. 19/1998
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (UJIAN NAFAS, DARAH DAN AIR KENCING) 1998




JADUAL KETIGA
JADUAL KETIGA
(Kaedah 7)

PROSEDUR DI DALAM PENGAMBILAN SPESIMEN AIR KENCING
OLEH PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA ATAU POLIS

1. Orang itu hendaklah disediakan dengan dua botol yang bersih dengan penutup dan jika orang itu ialah seorang perempuan, dia boleh juga disediakan dengan suatu bikar dan dalam hal sedemikian dia hendaklah mengisi bikar tersebut dengan air kencingnya dan hendaklah selepas itu memindahkan kandungannya ke dalam botol.

2. Pegawai yang berkenaan hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa orang itu mengisi botoI atau bikar mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan spesimen air kencingnya sendiri.

3. Banyaknya spesimen air kencing yang diperlukan hendaklah tidak kurang daripada 30mI atau 2/3 kandungan botol, bagi setiap botoI 50ml.

4. Botol yang mengandungi spesimen air kencing hendaklah dikedapkan dan dilabelkan dengan butir-butir yang berikut:
5. Setelah mematuhi kehendak yang disebut di atas, botoI itu hendaklah dihantar bagi ujian makmal yang hendak dijalankan oleh penganalisis.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.