Phg. P.U. 19/2005
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (SULH) 2005




Kaedah 6. Tatacara Sulh

(1) Sulh hendaklah diadakan dalam suatu Majlis Sulh yang dihadiri oleh kedua-dua pihak dan dipengerusikan oleh Pendaftar atau mana-mana pegawai awam atau mana-mana orang yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie bagi maksud itu.

(2) Dalam Majlis Sulh, tiap-tiap satu pihak hendaklah hadir sendiri dan tiada Peguam Syarie boleh hadir atau bertindak bagi sesuatu pihak dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh seorang lain tanpa kebenaran Pengerusi.

(3) Pengerusi hendaklah, di mana mungkin, membantu pihak-pihak untuk mencapai penyelesaian dalam pertikaian yang menjadi hal perkara sulh tersebut dan hendaklah memberi mereka peluang untuk didengar, boleh mengambil keterangan daripada pihak-pihak itu, menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan dan boleh, jika difikirkannya perlu, menangguhkan Majlis Sulh itu dari semasa ke semasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.