Phg. P.U. 19/1998
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (UJIAN NAFAS, DARAH DAN AIR KENCING) 1998




JADUAL PERTAMA
JADUAL PERTAMA

(Kaedah 4)

PROSEDUR UJIAN NAFAS

1. Ujian nafas hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang telah dilatih dan diberi kuasa sewajarnya untuk mengendalikan alat penganalisis nafas.

2. Tiada spesimen nafas boleh diambil daripada mana-mana orang melainkan jika dia telah dimaklumkan mengenai kehendak untuk mengadakan dua spesimen nafas mengikut cara yang diperuntukkan oleh Kaedah-Kaedah ini.

3. Pegawai yang menjalankan ujian hendaklah memastikan bahawa alat penganalisis nafas telah dikeluarkan suatu Perakuan Kelayakan menurut kaedah 5 Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang lslam (Ujian Nafas, Darah dan Air Kencing) 1998 dan selepas itu melakukan ujian dengan cara yang berikut:



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.