Phg. P.U. 18/2005
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (FI, ELAUN DAN KOS) 2005
No. | Butiran | Fi MRS (RM) | Fi MTS (RM) |
17. | Menyediakan dan mengeluarkan— | ||
(a) sepina untuk hadir di Mahkamah bagi seorang, dua orang atau tiga orang saksi; | 4.00 | 5.00 | |
(b) sepina untuk mengemukakan dokumen, bagi setiap orang saksi termasuk memfailkan permintaan, menghadiri untuk mendapatkan sepina dan salinan untuk penyampaian. | 2.00 | 3.00 | |
18. | Menyediakan dan menyampaikan notis— | ||
(a) untuk mengemukakan bagi pemeriksaan dokumen yang disebut dalam pliding atau afidavit; | 4.00 | 5.00 | |
(b) untuk mengemukakan dokumen di perbicaraan atau pendengaran; | 4.00 | 5.00 | |
(c) untuk mengakui apa-apa dokumen atau fakta. | 4.00 | 5.00 | |
19. | Arahan-arahan bagi perbicaraan atau pendengaran apa-apa kausa atau perkara, tidak kira bagaimana cara perbicaraan atau pendengaran. | Menurut budi bicara | |
Nota kepada butiran ini | |||
Butiran ini bermaksud untuk meliputi perlakuan apa-apa kerja, yang tidak diperuntukkan selainnya, yang dilakukan dengan seperlunya atau sepatutnya dalam penyediaan sesuatu perbicaraan atau pendengaran atau sebelum penyelesaian perkara-perkara yang dipertikaikan, termasuk— | |||
(a) mengambil arahan-arahan untuk mendakwa, membela atau menuntut balas atau bagi apa-apa pliding afidavit; | |||
(b) menimbangkan fakta-fakta dan undang-undang; | |||
(c) melayani dan surat-menyurat dengan klien; | |||
(d) menemuduga dan surat-menyurat dengan saksi-saksi dan bakal-bakal saksi dan mengambil bukti-bukti dari keterangan mereka; | |||
(e) mengatur untuk mendapatkan laporan atau nasihat daripada pakar dan pelan, fotograf dan model; | |||
(f) membuat carian di Pejabat Kerajaan dan tempat-tempat lain untuk dokumen-dokumen yang relevan; | |||
(g) memeriksa apa-apa harta atau tempat yang material kepada prosiding; | |||
(h) menyusuli pliding, afidavit dan dokumen lain yang relevan; | |||
(i) jika kausa atau perkara itu tidak diteruskan ke perbicaraan atau pendengaran, kerja yang dilakukan berkaitan dengan rundingan untuk sesuatu penyelesaian; dan | |||
(j) jagaan dan perjalanan am prosiding. | |||
20. | Menghadiri untuk mendapatkan janji-temu bagi memeriksa saksi dan atas pemeriksaan saksi. | 20.00 seorang | 30.00 seorang |