Phg. P.U. 19/98
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (UJIAN NAFAS, DARAH DAN AIR KENCING) 1998




Kaedah 5. Alat penganalisis nafas hendaklah diuji dan ditentukur oleh pihak berkuasa kompeten

(1) Tiada alat penganalisis nafas boleh digunakan melainkan jika ia telah diperiksa dan ditentukur bagi kelayakan untuk digunakan dan ketepatan oleh pihak berkuasa kompeten.

(2) Tiap-tiap alat penganalisis nafas hendaklah diperiksa dan ditentukur bagi kelayakan untuk digunakan dan ketepatan oleh pihak berkuasa kompeten sekali dalam masa dua belas bulan.

(3) Walau apa pun subkaedah (2), apabila alat penganalisis nafas telah dibaiki atau dipasang dengan alat pengesan alkohol alau sistem persampelan nafas yang baru, ia hendaklah diperiksa semula dan ditentukur semula bagi kelayakan untuk digunakan dan ketepatan selepas sahaja pembaikan atau pemasangan itu.

(4) Jika alat penganalisis nafas itu didapati layak digunakan dan tepat menurut subkaedah (1) dan (3) pihak berkuasa kompeten hendaklah mengeluarkan suatu perakuan kelayakan dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual Kedua.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.