Phg. P.U. 19/98
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (UJIAN NAFAS, DARAH DAN AIR KENCING) 1998




Kaedah 9. Pengadaan spesimen bagi analisis

(1) Dalam menjalankan penyiasatan sama ada seseorang telah melakukan kesalahan melibatkan minuman yang memabukkan, seseorang pegawai boleh menghendakinya-
walaupun dia telah dikehendaki supaya mengadakan spesimen nafas bagi ujian di bawah subkaedah 4(1).

(2) Kehendak supaya mengadakan spesimen nafas di bawah kaedah ini hanya boleh dibuat di Pejabat Penguatkuasa Agama atau balai polis.

(3) Ujian nafas di bawah seksyen ini hanya boleh dilakukan oleh mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan atau oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu balai polis.

(4) Kehendak di bawah subkaedah (1)(b) supaya mengadakan suatu spesimen darah atau air kencing hanya boleh dibuat di Pejabat Penguatkuasa Agama, atau balai polis atau hospital.

(5) Seseorang yang, tanpa alasan yang munasabah, gagaI atau enggan mengadakan spesimen apabila dikehendaki berbuat demikian menurut kaedah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.