Phg. P.U. 20/98
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (FI MAHKAMAH DAN KOS) 1998




Kaedah 2. Fi Mahkamah

(1) Fi dalam Jadual Pertama hendaklah kena dibayar dalam semua prosiding di Mahkamah Syariah:

Dengan syarat bahawa dalam prosiding yang kerajaan adalah pihak, maka Kerajaan demikian tidak boleh dikehendaki membayar apa-apa fi Mahkamah, tetapi dalam hal mana-mana perintah yang memperuntukkan bahawa kos hendaklah dibayar oleh mana-mana pihak kepada prosiding itu kepada Kerajaan demikian, maka amaun yang kena dibayar sebagai fi tetapi disebabkan proviso ini hendaklah dibayar oleh pihak itu dan, bila didapatkan, hendaklah dibayar kepada Pejabat Pendaftaran Mahkamah yang perintah itu dikeluarkan.

(2) Bagi maksud seksyen ini, "Kerajaan" ertinya Ketua Pendakwa Syarie, Biro Bantuan Guaman dan Pegawai Pesaka Kecil.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.