Phg. P.U. 18/1970
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG2 UGAMA ISLAM, 1956
KAEDAH2 DI-BAWAH SEKSHEN 103




Kaedah 4. Kewajipan membayar fitrah

(1) Tiap2 orang Islam hendak-lah mengeluarkan fitrah berjumlah sa-banyak satu gantang Bagdad tiap2 sa-orang ia-itu berat-nya sama dengan tiga kati dua belas tahil beras mengikut sukatan Negeri ini, bagi diri-nya dan bagi tiap2 sa-orang daripada orang tanggongan-nya mengikut Hukum Shara' tiap2 tahun pada atau sa-belum satu haribulan Shawal.

(2) Fitrah boleh juga di-keluarkan sa-chara tunai dengan membayar sa-banyak nilai-nya itu sa-bagaimana di-tetapkan oleh MajIis, dari sa-masa ka-samasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.