Phg. P.U. 18/2005
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (FI, ELAUN DAN KOS) 2005




JADUAL KETIGA - BAHAGIAN VIII
BAHAGIAN VIII

AM DAN PELBAGAI

Kehadiran

No.
Butiran
Fi MRS
(RM)
Fi MTS
(RM)

29.
Untuk mendapatkan—

    (a) persetujuan seseorang untuk bertindak sebagai sahabat wakil atau penjaga ad litem dan persetujuan atau kelulusan daripada mana-mana pihak lain yang berkepentingan;
10.00
15.00

    (b) apa-apa persetujuan lain.
4.00
5.00

Nota kepada butiran ini.

Butiran ini termasuklah menyediakan borang
persetujuan atau persetujuan kelulusan.

30.
Untuk memberi persetujuan.
4.00
5.00

31.
Memfail dan menyampaikan notis kehadiran.
5.00
7.00

Jika kehadiran untuk lebih daripada seorang bagi setiap orang tambahan.
2.00
3.00

32.
Memfail apa-apa dokumen perlu di Pejabat Pendaftaran.
4.00
5.00

33.
Mencari afidavit di Pejabat Pendaftaran.
4.00
5.00

34.
Mencatatkan perintah meminda rekod dengan membatal atau menambah satu pihak atau menyatukan kausa-kausa atau perkara-perkara.
4.00
5.00

35.
Ikrar penguamcara atau kerani atas apa-apa afidavit selain daripada afidavit penyampaian.
4.00
5.00

36
Mendapatkan arahan bagi penyerahsimpanan wang ke dalam Mahkamah.
10.00
15.00

37.
Menyerahsimpan sekuriti-sekuriti ke dalam Mahkamah atau mendapatkan permindahan sekuriti-sekuritike dalam atau daripada Mahkamah.
Menurut budi bicara

38.
Menyediakan dan mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki untuk membenarkan pembayaran daripada wang yang diserahsimpan dalam Mahkamah.
10.00
15.00

Nota kepada butiran ini.

Butiran ini termasuklah segala kehadiran yang dikehendaki berkaitan dengan penyerahsimpanan atau pemindahan dan penyediaan apa-apa dokumen yang dikehendaki sedemikian.

39.
Mendapatkan perakuan, atau mentarikhkan semula perakuan-perakuan bagi kumpulan-kumpulan wang dalam Mahkamah.
5.00
7.00

Atau jika lebih daripada satu perakuan didapatkan atau ditarikhkan semula pada masa yang sama.
Menurut budi bicara

40.
Untuk mendapatkan transkrip akaun.
5.00
7.00

Menyediakan Dokumen

41.
Afidavit Penyampaian.
5.00
10.00

Nota kepada butiran ini.

Butiran ini termasuklah meneliti afidavit dalam bentuk undang-undang, menghadiri untuk ia diikrar dan memfailkannya.

42.
Afidavit selain daripada afidavit penyampaian atau afidavit di bawah butiran 15 untuk sefolio.
2.00
3.00

43.
Penyediaan bagi penandaan ekshibit kepada afidavit, untuk setiap ekshibit.
1.00
2.00

44.
Iklan yang hendaklah ditandatangani oleh pendaftar, folio pertama.
5.00
7.00

Dan sefolio selepas itu.

Nota kepada butiran ini.

Butiran ini termasuklah kehadiran di Kamar untuk mendapatkan tandatangan.

45.
Minit perintah, akaun, pernyataan dan dokumen lain yang dikehendaki untuk kegunaan dalam Mahkamah atau Kamar sefolio.
1.00
2.00

46.
Apa-apa notis yang tidak diperuntukkan selainnya untuk penyampaian atau apa-apa permintaan.
1.00
2.00

Salinan-salinan, dsb.

47.
Salinan bagi dokumen yang tidak diperuntukkan selainnya—

    (a) salinan bertaip, selain daripada salinan karbon atau salinan bertulis sefolio;
1.00
2.00

    (b) salinan bercetak atau karbon, sefolio;
0.50
1.00

    (c) salinan fotografik.
Menurut budi bicara

48.
Memeriksa pruf cetak, sefolio.
0.50
1.00

Surat dsb.

49.
Surat yang tidak termasuk di bawah mana-mana butiran lain, jika—

    Panjang
2.00
4.00

    Serupa
1.00
2.00

    Surat pekeliling
0.50
1.00

50.
Surat, mesej dan panggilan telefon yang tidak diperuntukkan atau dibenarkan di bawah mana-mana butiran lain.
Menurut budi bicara

Penelitian

51.
Meneliti apa-apa dokumen yang tidak diperuntukkan atau dibenarkan di bawah mana-mana butiran lain, sefolio.
1.00
2.00

Penyampaian

52.
Jika lebih daripada satu kehadiran diperlukan untuk melaksanakan penyampaian atau penghantarserahan kepada suatu pihak akan dokumen yang disebutkan dalam Bahagian I Jadual ini atau di dalam butiran 8, 9, 10 atau 27 atau jika penyampaian dilaksanakan dalam bidangkuasa selain daripada dengan kehadiran sendiri atau melalui pos atau dilaksanakan di luar bidangkuasa.
Menurut budi bicara

53.
Jika dokumen yang disebutkan dalam Bahagian I Jadual ini atau dokumen dalam butiran 8, 9, 10 atau 27 dikehendaki disampaikan atau dihantarserahkan kepada lebih daripada seorang, penyampaian atau penghantarserahan kepada setiap orang tambahan—

    (a) jika dikehendaki disampaikan ke diri atau dengan dihantarserahkan;
5.00
7.00

    (b) jika penyampaian melalui pos dibenarkan.
2.00
3.00

54.
Penyampaian atau penghantarserahan apa-apa dokumen yang tidak diperuntukkan atau dibenarkandi bawah mana-mana butiran lain—

    (a) jika dikehendaki disampaikan ke diri atau dengan dihantarserahkan;
5.00
7.00

    (b) jika penyampaian melalui pos dibenarkan.
2.00
3.00




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.