Phg. P.U. 19/98
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (UJIAN NAFAS, DARAH DAN AIR KENCING) 1998




Kaedah 4. Ujian nafas

(1) lika seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa seseorang telah melakukan kesalahan melibatkan minuman yang memabukkan, maka pegawai itu boleh menjalankan ujian nafas mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Jadual pertama.

(2) Seseorang yang disyaki itu boleh dikehendaki supaya mengadakan spesimen sama ada di tempat atau dekat dengan tempat di mana kehendak itu dibuat.

(3) Ujian nafas yang dikehendaki di bawah subkaedah (1) hendaklah dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang menghendaki ujian itu dibuat atau mana-mana pegawai lain.

(4) Seseorang yang tanpa alasan yang munasabah, gagal atau enggan mengadakan spesimen nafas apabila dikehendaki berbuat demikian menurut kaedah ini adalah, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua­duanya.

(5) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama, atau pegawai polis yang berpakaian seragam, boleh menangkap tanpa waran seseorang jika­



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.