Phg. P.U. 42/1998
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (SIJIL PENGESAHAN TANDA HALAL) 1998
BAHAGIAN III - SIJIL PENGESAHAN TANDA HALAL




Kaedah 10. Keputusan

(1) Jawatankuasa hendaklah memaklumkan kepada pemohon mengenai keputusan permohonannya dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan dibuat.

(2) Sijil mengikut borang B yang ditetapkan dalam Jadual hendaklah dikeluarkan oleh Jawatankuasa kepada pemohon setelah ia, dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa diterimanya, membayar kepada Jawatankuasa fi sebanyak tiga ratus ringgit dan kos analisis yang dinyatakan dalam subkaedah 9(2).



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.