Phg. P.U. 42/1998
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (SIJIL PENGESAHAN TANDA HALAL) 1998
BAHAGIAN I - PERMULAAN




Kaedah 2. Tafsiran

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Daftar Sijil" ertinya Daftar Sijil Pengesahan Tanda Halal yang disebut dalam kaedah 12;

"Jabatan" ertinya Jabatan Agama Islam Pahang;

"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa Kajian Makanan Dan Barang Gunaan Orang Islam yang ditubuhkan di bawah kaedah 3;

"Jawatankuasa Rayuan" ertinya Jawatankuasa Rayuan Sijil Pengesahan Tanda Halal yang disebut dalam subkaedah 11(1);

"Majlis" ertinya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang;

"pemegang Sijil" ertinya pemohon yang telah didaftarkan dalam Daftar Sijil;

"Sijil" ertinya Sijil Pengesahan Tanda Halal;

"Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau Daerah" mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.