Phg. P.U. 42/1998 KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (SIJIL PENGESAHAN TANDA HALAL) 1998 BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA KAJIAN MAKANAN DAN BARANG GUNAAN ORANG ISLAM
Kaedah 7. Fungsi Jawatankuasa
Jawatankuasa hendaklah mempunyai fungsi seperti berikut:
(a) mengeluarkan Sijil;
(b) menjalankan analisis dan penyelidikan terhadap makanan dan barang gunaan orang Islam bagi maksud-maksud Sijil;
(c) menjalankan pemeriksaan ke atas mana-mana premis, syarikat atau premis perniagaan bagi maksud-maksud Sijil;
(d) mendaftarkan individu, syarikat atau peniaga yang mendapat Sijil;
(e) membantu pengguna untuk memilih barangan yang halal;
(f) membantu mana-mana agensi Kerajaan dalam menjalankan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan tanda halal;
(g) mewujudkan suatu sistem pengesahan sijil tanda halal yang seragam dalam negeri Pahang.