Phg. P.U. 42/1998
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (SIJIL PENGESAHAN TANDA HALAL) 1998
BAHAGIAM IV - PERUNTUKAN AM




Kaedah 14. Pemegang Sijil dalam kawalan Jawatankuasa

(1) Pemegang Sijil hendaklah tertakluk kepada kawalan Jawatankuasa dan pada bila-bila masa boleh, apabila sebab yang wajar ditunjukkan, dikeluarkan daripada Daftar Sijil atau digantung daripada menggunakan Sijil.

(2) Sebab yang wajar itu boleh ditunjukkan dengan bukti bahawa pemegang Sijil itu-
(3) Sebelum mengambil tindakan dalam subseksyen (1), Jawatankuasa hendaklah, apabila terdapat apa-apa sebab yang wajar terhadap mana-mana pemegang Sijil, menghendaki pemegang Sijil itu mengemukakan kepadanya representasi bertulis menyatakan alasan mengapa Sijilnya tidak boleh dikeluarkan daripada Daftar Sijil atau digantung penggunaanya.

(4) Majlis boleh, melalui apa-apa cara yang difikirkannya sesuai, menghebahkan nama-nama pemegang Sijil yang telah dikeluarkan daripada Daftar Sijil atau digantung daripada menggunakan Sijil.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.