Phg. P.U. 42/1998
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (SIJIL PENGESAHAN TANDA HALAL) 1998
BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA KAJIAN MAKANAN DAN BARANG GUNAAN ORANG ISLAM




Kaedah 5. Mesyuarat Jawatankuasa

(1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mana-mana mesyuarat Jawatankuasa dan jika Pengerusi tidak hadir, maka ahli-ahli yang hadir boleh melantik seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(2) Enam orang ahli yang hadir hendaklah menjadi kuorum sesuatu mesyuarat Jawatankuasa.

(3) Keputusan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat secara syura.

(4) Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa arahan Majlis, Jawatankuasa boleh membuat prosedurnya sendiri mengenai mesyuarat Jawatankuasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.