Phg. P.U. 42/1998
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (SIJIL PENGESAHAN TANDA HALAL) 1998
BAHAGIAN III - SIJIL PENGESAHAN TANDA HALAL




Kaedah 11. Rayuan terhadap keputusan dan Jawatankuasa Rayuan

(1) Seseorang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Jawatankuasa boleh, dalam masa empat belas hari dari keputusan itu diterimanya, merayu kepada Jawatankuasa Rayuan Sijil Pengesahan Tanda Halal yang ditubuhkan oleh Majlis dengan menyatakan alasan-alasan yang atasnya rayuan itu dibuat dan mengemukakannya melalui Pengerusi Jawatankuasa.

(2) Jawatankuasa Rayuan hendaklah mempunyai keanggotaan seperti berikut:
(3) Majlis tidak boleh melantik mana-mana orang yang menjadi ahli Jawatankuasa dalam menganggotai Jawatankuasa Rayuan.

(4) Keputusan Jawatankuasa Rayuan adalah muktamad.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.