Phg. P.U. 42/1998
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (SIJIL PENGESAHAN TANDA HALAL) 1998
BAHAGIAN III - SIJIL PENGESAHAN TANDA HALAL




Kaedah 9. Analisis dan pemeriksaan

(1) Setelah menerima permohonan dalam kaedah 8, Ketua Bahagian Penyelidikan Jabatan hendaklah mengarahkan pemohon menghantar kepadanya empat sampel barangan yang ingin mendapat Sijil bagi tujuan analisis dan pemeriksaan.

(2) Jika dalam keadaan tertentu Jawatankuasa berpendapat sampel yang dihantar perlu dianalisis di makmal, maka segala kos yang berkaitan dengan analisis itu hendaklah ditanggung oleh pemohon.

(3) Jawatankuasa boleh, pada bila-bila yang difikirkannya sesuai, mengadakan lawatan pemeriksaan ke atas premis syarikat atau perniagaan yang barangan berkenaan diproses.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.