Phg. P.U. 1/90
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIAH 1990
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIAH




Peraturan 12. Keputusan.

(1) Jawatankuasa hendaklah menyampaikan keputusannya dalam tempoh tujuh hari selepas keputusan dibuat kepada pemohon dan semua Mahkamah di Negeri Pahang.

(2) Sijil Peguam Syariah mengikut Borang B yang ditetapkan dalam Jadual kepada Peraturan-peraturan ini hendaklah dikeluarkan oleh Jawatankuasa kepada pemohon setelah ia, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa diterimanya, menyerahkan atau menyebabkan supaya diserahkan kepada Jawatankuasa-
(3) Penerimaan masuk seseorang Peguam Syariah hendaklah dilakukan di hadapan Mahkamah Kadi Besar.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.