Phg. P.U. 1/90
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIAH 1990
BAHAGIAN I - PERMULAAN




Peraturan 2. Tafsiran.

Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Daftar" ertinya Daftar Peguam Syariah yang disebut dalam seksyen 236 (4) Enakmen;

"Enakmen" ertinya Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 [Enak. 8/82];

"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa Peguam Syariah yang ditubuhkan di bawah peraturan 3;

"Mahkamah" ertinya Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi yang ditubuhkan di bawah seksyen 42 Enakmen;

"Mahkamah Ulang Bicara" ertinya Mahkamah Ulang Bicara yang disebut dalam seksyen 44 Enakmen;

"Majlis" ertinya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang;

"Peguambela dan peguamcara" mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166];

"Peguam Syariah" ertinya orang berkelayakan yang diterima masuk sebagai Peguam Syariah di bawah peraturan 12;

"Pendakwa Ugama" ertinya pegawai yang dilantik sebagai demikian di bawah seksyen 40 (2) (c) Enakmen;

"peperiksaan Sijil Peguam Syariah" ertinya peperiksaan yang dikelolakan oleh Jawatankuasa di bawah peraturan 7.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.