Phg. P.U. 1/86
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA NEGERI PAHANG 1985




Peraturan 11. Rayuan.

(1) Apabila sesuatu permohonan itu ditolak di bawah Peraturan 9 atau diluluskan dengan bersyarat di bawah Peraturan 10, Pendaftar hendaklah menyampaikan atau mengarah supaya disampaikan kepada pemohon notis yang ditandatangannya mengenai penolakan atau syarat-syarat yang dikenakan itu.

(2) Mana-mana pemohon yang tidak berpuashati dengan keputusan penolakan permohonannya atau syarat-syarat yang dikenakan bolehlah mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis disampaikan kepadanya.

(3) Rayuan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah dialamatkan kepada Setiausaha Sulit Baginda.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.