Phg. P.U. 8/2001
KAEDAH-KAEDAH MASJID (PINDAAN) 2001




Kaedah 3. Pindaan kaedah 8

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 8 dengan yang berikut:

"Kaedah 8. Jawatankuasa Kariah.

(1) Masjid Kariah hendaklah ditadbirkan oleh suatu badan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kariah yang terdiri daripada anggota-anggota berikut-

(2) Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan enam orang anggota lain hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis mengikut peruntukan kaedah 8A.

(3) Tiga orang anggota lain hendaklah dipilih oleh ahli-ahli kariah mengikut peruntukan kaedah 9.".



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.