Phg. P.U. 1/90 PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIAH 1990 BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIAH
Peraturan 6. Mesyuarat Jawatankuasa.
(1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mana-mana mesyuarat Jawatankuasa dan jika Pengerusi tidak hadir ahli-ahli yang hadir bolehlah melantik seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
(2) Tiga ahli yang hadir hendaklah menjadi kuorum sesuatu mesyuarat.
(3) Keputusan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat secara syura.
(4) Tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini dan apa-apa arahan Majlis, Jawatankuasa boleh membuat prosedurnya sendiri.