Phg. P.U. 12/1995
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE 1995
BAHAGIAN I - PERMULAAN




Peraturan 2. Tafsiran.

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Daftar" ertinya Daftar Peguam Syarie yang disebut dalam peraturan 13;

"Enakmen" ertinya Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 [ Enak. 3/91. ];

"Jawatankuasa " ertinya Jawatankuasa Peguam Syarie yang ditubuhkan di bawah peraturan 3;

"Ketua Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 65 Enakmen;

"Mahkamah Syariah" mempunyai erti yang sama dengan yang diberi kepadanya dalam seksyen 2 Enakmen;

"Majlis" ertinya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang;

"peguambela dan peguamcara" mempunyai erti yang sama dengan yang diberi kepadanya dalam Akta Profession Undang-Undang 1976 [ Akta 166. ];

"Peguam Syarie" ertinya orang yang diterima masuk sebagai Peguam Syarie di bawah peraturan 12;

"peperiksaan Sijil Peguam Syarie" ertinya peperiksaan yang dikelolakan oleh Jawatankuasa di bawah peraturan 7.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.