Phg. P.U. 1/86
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA NEGERI PAHANG 1985




Peraturan 2. Tafsiran.

Dalam Peraturan-peraturan ini melainkan jika konteksnya, menghendaki makna yang lain-

"Enakmen" ertinya Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982;

"Majlis" ertinya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang;

"Merinyu Ugama" ertinya seorang yang dilantik menurut seksyen 40 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982;

"Pendaftar" berhubung dengan sekolah ugama, ertinya seorang yang dilantik sebagai Pendaftar di bawah Peraturan-peraturan ini atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa menjalankan tugasnya;

"Pengurus" ertinya mana-mana orang yang mengurus pentadbiran sesebuah sekolah ugama;

"Sekolah Ugama" ertinya sebarang tempat di mana terdapat jumlah seramai dua puluh (20) orang atau lebih, tidak kira seramai mana yang hadir pada mana-mana ketika dalam satu hari, yang belajar atau lazim diberi pelajaran dalam hal Ugama Islam sama ada dalam satu darjah atau lebih dan tempat-tempat itu termasuklah Masjid, Surau, Balai Islam, Madrasah, Balaisah dan Taman Bimbingan Kanak-kanak akan tetapi tiada termasuk sebarang sekolah yang dibiayai atau dikelolakan oleh Kerajaan;

"Yang Dipertua" ertinya Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.