Phg. P.U. 8/2001 KAEDAH-KAEDAH MASJID (PINDAAN) 2001
Kaedah 5. Pindaan kaedah 9
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dalam kaedah 9-
(a) dalam nota birai, dengan memasukkan selepas perkataan "Pemilihan" perkataan "tiga orang";
(b) dalam subkaedah (1), dengan menggantikan perkataan "Anggota-anggota Jawatankuasa Kariah, selain daripada anggota ex-officio," dengan perkataan "Tiga orang anggota Jawatankuasa Kariah";
(c) dalam subkaedah (5), dengan menggantikan perkataan "anggota-anggota" dengan perkataan "tiga orang anggota";
(d) dalam subkaedah (6), dengan menggantikan perkataan "anggota-anggota" dengan perkataan "tiga orang anggota";
(e) dalam subkaedah (7)-
(i) dengan menggantikan perkataan "anggota-anggota" dengan perkataan "tiga orang anggota"; dan
(ii) dengan memasukkan selepas perkataan "Majlis" perkataan "setelah berpuas hati bahawa tiga orang anggota yang dipilih itu adalah ahli kariah, mempunyai latar belakang yang sesuai demi perpaduan ummah dan memenuhi apa-apa kriteria lain yang difikirkan wajar oleh Majlis".
(f) dalam subkaedah (8)-
(i) dengan menggantikan perkataan "anggota atau kesemua" dengan perkataan "daripada tiga atau ketiga-tiga";
(ii) dengan menggantikan perkataan "anggota atau anggota-anggota" pada baris empat dan lima dengan perkataan "mana-mana daripada tiga atau ketiga-tiga anggota"; dan
(iii) dengan menggantikan perkataan "anggota atau anggota-anggota" pada baris enam dan tujuh dengan perkataan "mana-mana daripada tiga atau ketiga-tiga anggota";
(g) dalam subkaedah (9)-
(i) dengan menggantikan perkataan "anggota atau kesemua" dengan perkataan "daripada tiga atau ketiga-tiga";
(ii) dengan menggantikan perkataan "anggota atau anggota-anggota" pada baris lima dan enam dengan perkataan "mana-mana daripada tiga atau ketiga-tiga anggota"; dan
(iii) dengan menggantikan perkataan "anggota atau anggota-anggota" pada baris lapan dan sembilan dengan perkataan "mana-mana daripada tiga atau ketiga-tiga anggota"; dan
(h) dalam subkaedah (10)-
(i) dengan menggantikan perkataan "anggota atau kesemua" dengan perkataan "daripada tiga atau ketiga-tiga"; dan
(ii) dengan menggantikan perkataan "anggota atau anggota-anggota" dengan perkataan "mana-mana daripada tiga atau ketiga-tiga anggota".