Phg. P.U. 12/1995
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE 1995
BAHAGIAN V - PERUNTUKAN AM




Peraturan 24. Tempoh dan pembaharuan Sijil Amalan Tahunan.

(1) Sesuatu Sijil Amalan Tahunan hendaklah sah selama tempoh satu tahun dari tarikh ia dikeluarkan.

(2) Sesuatu Sijil Amalan Tahunan boleh diperbaharui apabila Jawatankuasa berpuashati bahawa pemohon telah menjelaskan fee lima puluh ringgit dan mematuhi kehendak-kehendak Peraturan-Peraturan ini.

(3) Sesuatu permohonan untuk memperbaharui Sijil Amalan Tahunan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang D yang ditetapkan dalam Jadual.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.