Phg. P.U. 18/1998
KEDAH-KAEDAH MASJID 1998
BAHAGIAN II - FUNGSI DAN PENGURUSAN MASJID




Kaedah 3. Pendaftaran Masjid Kariah

(1) Jawatankuasa Kariah setiap Masjid Kariah hendaklah menghantar kepada Majlis butir-butir mengenai Masjid Kariah dalam kariahnya dan Majlis hendaklah memasukkan nama dan alamat serta segala butir berkaitan dengan semua Masjid Kariah dalam suatu daftar.

(2) Daftar yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah disimpan oleh Majlis.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.