Phg. P.U. 1/86
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA NEGERI PAHANG 1985




Peraturan 7. Sijil Pendaftaran Sementara.

(1) Setelah menerima permohonan di bawah Peraturan 6, Pendaftar bolehlah, mengikut budibicaranya sementara menunggu laporan penyiasatan di bawah Peraturan 8 (1), jika ada, mengeluarkan kepada pemohon suatu Sijil Pendaftaran Sementara bagi tempat itu:

(2) Sijil-sijil Pendaftaran Sementara hendaklah mengikut Borang A dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh Pendaftar.

(3) Pendaftar bolehlah, mengikut budibicaranya pada bila-bila masa jua, membatalkan Sijil Pendaftaran Sementara dengan memberi notis yang ditandatangani olehnya dan diserahkan kepada orang yang memegang sijil yang dikeluarkan itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.