Phg. P.U. 1/86
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA NEGERI PAHANG 1985




Peraturan 12. Pembatalan Pendaftaran.

(1) Pendaftar bolehlah pada bila-bila masa jua membatalkan pendaftaran sesebuah sekolah ugama jika ia dapati sekolah ugama berkenaan melanggar mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-peraturan ini atau Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang No.8 tahun 1982 atau di atas sebarang sebab yang didapati menasabah oleh Majlis.

(2) Notis secara bertulis di atas cadangan membatalkan pendaftaran sekolah itu hendaklah disampaikan kepada pihak berkuasa sekolah dengan diberi sebab atau sebab-sebab cadangan pembatalan dibuat.

(3) Apabila pihak berkuasa sekolah menerima notis di bawah perenggan (2) Peraturan ini bolehlah ia mengemukakan rayuan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis tersebut.

(4) Jika rayuan tidak dikemukakan menurut di bawah perenggan (3) Peraturan ini atau jika rayuan itu ditolak Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran sekolah tersebut.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.