Phg. P.U. 18/1998
KEDAH-KAEDAH MASJID 1998
BAHAGIAN III - MESYUARAT




Kaedah 16. Mesyuarat agung ahli kariah.

(1) Mesyuarat agung ahli kariah hendaklah diadakan setahun sekali untuk membentangkan laporan aktiviti dan kewangan masjid.

(2) Pemilihan tiga orang anggota Jawatankuasa Kariah boleh diadakan pada setiap mesyuarat agung ahli kariah, tetapi pemilihan anggota Jawatankuasa Kariah hendaklah diadakan tiap-tiap tiga tahun sekali.
[Pin. Phg. P.U. 8/01]

(3) Sekiranya ahli kariah gagal memilih tiga orang anggota Jawatankuasa Kariah selepas tamat tiga tahun tempoh jawatan mereka, maka Pegawai Agama Islam daerah hendaklah memilih sendiri tiga orang anggota Jawatankuasa Kariah dan mengemukakannya kepada Majlis untuk kelulusan.
[Pin. Phg. P.U. 8/01]

(4) Laporan aktiviti dan kewangan dalam subkaedah (1) hendaklah menerimanya dalam masa tujuh hari sebelum mesyuarat diadakan.

(5) Laporan mesyuarat agung ahli kariah hendaklah dihantar kepada Majlis dan Jabatan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.