Phg. P.U. 1/90
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIAH 1990
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIAH




Peraturan 10. Permohonan.

(1) Seseorang yang hendak diterima masuk sebagai Peguam Syariah hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang A yang ditetapkan dalam Jadual kepada Peraturan-peraturan ini.

(2) Setiap permohonan hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi Jawatankuasa dengan menyertakan salinan dokumen yang perlu dan hendaklah disertakan fee permohonan sebanyak sepuluh ringgit.

(3) Pemohon hendaklah menampalkan satu salinan permohonannya di setiap Mahkamah di Negeri Pahang selama satu bulan selepas permohonannya diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.