Phg. P.U. 18/1998
KEDAH-KAEDAH MASJID 1998
BAHAGIAN I - PERMULAAN




Kaedah 2. Tafsiran.

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"ahli kariah" berhubungan dengan sesuatu kariah masjid, ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada lazimnya tinggal dalam kariah masjid itu;

"Enakmen" ertinya Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991;

"Jabatan" ertinya Jabatan Agama Islam Pahang;

"Jawatankuasa Kariah" ertinya Jawatankuasa Kariah yang ditubuhkan di bawah kaedah 8;

"kariah" atau "kariah masjid" berhubungan dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan di mana masjid itu berada yang sempadannya ditetapkan di bawah seksyen 91 Enakmen;

"Majlis" ertinya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Enakmen;

"masjid" ertinya sesuatu bangunan yang diluluskan oleh Majlis untuk kegunaan sembahyang Jumaat dan sembahyang-sembahyang lain dan untuk kegunaan lain-lain kegiatan keagamaan;

"Masjid Daerah" ertinya masjid yang diisytiharkan oleh Majlis sebagai Masjid Daerah yang pegawai-pegawainya dibayar gaji oleh Kerajaan;

"Masjid Kariah" ertinya masjid selain daripada Masjid Negeri dan Masjid Daerah yang pegawai-pegawainya bertugas secara sukarela;

"Masjid Negeri" ertinya masjid yang diisytiharkan oleh Majlis sebagai Masjid negeri yang pegawai-pegawainya dibayar gaji oleh Kerajaan;

"Pegawai Masjid" ertinya Imam, Khatib, Bilal, dan Siak yang dilantik di bawah seksyen 93 Enakmen.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.