Phg. P.U. 1/86
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA NEGERI PAHANG 1985
Peraturan 9. Penolakan Pendaftaran.
Pendaftar bolehlah menolak permohonan kerana mendaftarkan sekolah ugama apabila ia berpuashati bahawa:
(a)
tapak atau bangunan yang dicadangkan tidak sesuai dari segi keselamatan, kesihatan dan kemudahan yang diperuntukkan;
(b)
pemohon atau orang yang bertanggungjawab menguruskan sekolah berkenaan bukanlah seorang yang layak dan sesuai mengendalikan urusan sekolah;
(c)
nama sekolah yang dicadangkan tidak sesuai dari segi kepentingan umum;
(d)
telah wujud sekolah yang mempunyai kemudahan-kemudahan yang secukupnya di kawasan sekolah yang dicadangkan;
(e)
didapati butir-butir kenyataan yang diberi dalam borang permohonan tidak benar atau mengelirukan; atau
(f)
sebab-sebab lain yang difikirkan menasabah oleh Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.