Phg. P.U. 1/90
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIAH 1990
BAHAGIAN IV - TATATERTIB




Peraturan 22. Jawatankuasa boleh memasukkan semula Peguam Syariah.

(1) Jawatankuasa boleh, jika difikirkan patut dan munasabah, pada bila-bila masa memasukkan semula dalam Daftar nama seseorang Peguam Syariah yang namanya telah dikeluarkan atau dipotong daripada Daftar.

(2) Sesuatu permohonan supaya nama seseorang Peguam Syariah dimasukkan semula dalam Daftar hendaklah disokong dengan afidavit.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.