Phg. P.U. 1/86 PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA NEGERI PAHANG 1985
Peraturan 10. Kelulusan bersyarat.
Pendaftar mengikut budibicaranya boleh meluluskan pendaftaran sekolah ugama dengan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan syarat-syarat tersebut termasuklah-
(a) tapak yang sesuai atau bangunan yang selamat dan mempunyai kemudahan yang secukupnya diadakan;
(b) guru-guru hendaklah mempunyai Tauliah daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan;
(c) orang yang bertanggungjawab menguruskan sekolah hendaklah seorang yang layak dan sesuai mengendalikan urusan sekolah; dan
(d) nama sekolah yang dicadangkan hendaklah ditukar kepada suatu nama lain yang dipersetujui oleh Pendaftar.