Phg. P.U. 18/1998
KEDAH-KAEDAH MASJID 1998
BAHAGIAN IV - PERUNTUKAN AM




Kaedah 18. Kuasa mentadbir harta dan pendapatan.

Jawatankuasa Kariah dan Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Negeri dan Masjid Daerah bagi pihak Majlis hendaklah menjaga dan mentadbir harta masjid dan berhak diberi dan menerima serta menggunakan hasil pendapatan dari sumber harta masjid, wakaf khas atau wakaf am untuk faedah masjid dan yang berkaitan dengannya atau untuk kebajikan am agama dan orang-orang Islam.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.