Phg. P.U. 12/1995
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE 1995
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Peraturan 11. Bantahan.

(1) Sesuatu permohonan atau penerimaan masuk seseorang sebagai Peguam Syarie boleh dibantah oleh Jabatan Agama Islam Pahang atau oleh mana-mana orang melalui Jabatan tersebut atau oleh Jawatankuasa Peguam Pahang.

(2) Sesuatu bantahan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa beserta alasan-alasan bantahan itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.