Phg. P.U. 18/1998
KEDAH-KAEDAH MASJID 1998
BAHAGIAN II - FUNGSI DAN PENGURUSAN MASJID




Kaedah 6. Perlantikan Pegawai Masjid Kariah.

(1) Mana-mana orang yang mempunyai kelayakan sebagaimana ditetapkan oleh Majlis dan yang adalah ahli kariah dalam kariah masjid berkenaan boleh dicalonkan oleh Jawatankuasa Kariah untuk dilantik menjadi Pegawai Masjid Kariah.

(2) Senarai calon hendaklah dikemukakan kepada Jabatan yang hendaklah menemuduga semua calon untuk memilih calon yang akan dilantik menjadi Pegawai masjid Kariah.

(3) Setelah diadakan temuduga, Jabatan hendaklah mengemukakan nama calon yang dipilih kepada Majlis untuk dilantik dan diberi tauliah sebagai Pegawai Masjid Kariah oleh Majlis .

(4) Bagi Masjid Negeri dan Masjid Daerah, kuasa perlantikan Pegawai Masjid adalah terletak pada Majlis dan subkaedah (1), (2) dan (3) kaedah ini tidak terpakai bagi masjid-masjid itu.
[Pin. Phg. P.U. 8/01]



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.