Phg. P.U. 12/1995 PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE 1995 BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE
Peraturan 7. Fungsi Jawatankuasa.
Jawatankuasa hendaklah-
(a) mengelolakan temuduga atau peperiksaan Sijil Peguam Syarie, mengikut mana yang difikirkan wajar oleh Jawatankuasa, dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan temuduga atau peperiksaan itu termasuklah-
(i) menyediakan soalan-soalan untuk temuduga dan menyediakan serta menerbitkan sukatan-sukatan pelajaran peperiksaan;
(ii) menetapkan tarikh temuduga atau peperiksaan;
(iii) menyediakan atau menilai soalan dan memeriksa jawapan peperiksaan;
(iv) menganugerahkan Sijil Peguam Syarie;
(b) menerima masuk Peguam Syarie; dan
(c) menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Majlis.