Phg. P.U. 1/90
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIAH 1990
BAHAGIAN IV - TATATERTIB




Peraturan 21. Peguam Syariah boleh memohon untuk dikeluarkan namanya daripada Daftar.

(1) Seseorang Peguam Syariah boleh, tertakluk kepada peraturan ini, memohon kepada Jawatankuasa supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar.

(2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah disokong dengan afidavit yang hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa tidak kurang daripada dua bulan sebelum permohonan itu didengar.

(3) Jawatankuasa boleh atas sebab yang baik menghendaki pemohon itu supaya mengiklankan tujuannya hendak membuat permohonan itu mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Jawatankuasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.