Phg. P.U. 18/1998
KEDAH-KAEDAH MASJID 1998
BAHAGIAN II - FUNGSI DAN PENGURUSAN MASJID
Kaedah 13. Fungsi Jawatankuasa pentadbiran Masjid Negeri dan Masjid Daerah.
Fungsi Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Negeri dan Masjid daerah adalah seperti berikut-
(
a
) menggalakkan umat Islam bersembahyang berjemaah di masjid;
(
b
)mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam;
(
c
)
menguruskan kelas fardu ain, fardu kifayah, kuliah, syarahan, kelas Al-Quran, forum dan kegiatan-kegiatan lain yang berkaitan dengan agama Islam;
(
d
)
mengesyorkan kepada Majlis melalui Pegawai Agama Islam Daerah mengenai kebajikan masjid;
(
e
)
berusaha menambah kewangan dan harta modal masjid melalui usaha-usaha yang difikirkannya munasabah; dan
(
f
)
menjalankan tugas yang diarahkan oleh Majlis atau Jabatan dari semasa ke semasa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.