Phg. P.U. 12/1995
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE 1995
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Peraturan 12. Keputusan.

(1) Jawatankuasa hendaklah menyampaikan keputusannya dalam tempoh tujuh hari selepas keputusan dibuat kepada pemohon dan semua Mahkamah Syariah di Negeri Pahang.

(2) Jawatankuasa hendaklah memaklumkan kepada pemohon mengenai adanya bantahan dan memberikan butir-butir bantahan.

(3) Pemohon boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa dalam tempoh satu bulan selepasa Jawatankuasa menyampaikan keputusannya.

(4) Sijil Peguam Syarie mengikut Borang B yang ditetapkan dalam Jadual hendaklah dikeluarkan oleh Jawatankuasa kepada pemohon setelah ia, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa diterimanya, menyerahkan atau menyebabkan supaya diserahkan kepada Jawatankuasa-
(5) Sijil Amalan Tahunan mengikut Borang C yang ditetapkan dalam Jadual hendaklah dikeluarkan oleh Jawatankuasa kepada pemohon setelah dijelaskan fee sebanyak lima puluh ringgit.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.