Phg. P.U. 12/1995
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE 1995
BAHAGIAN IV - TATATERTIB




Peraturan 17. Aduan terhadap Peguam Syarie.

(1) Apa-apa aduan mengenai kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesionalnya hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa.

(2) Mahkamah Syariah atau Ketua Pendakwa Syarie boleh pada bila-bila masa merujukkan kepada Jawatankuasa apa-apa maklumat yang menyentuh kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesionalnya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.