Phg. P.U. 1/86
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA NEGERI PAHANG 1985




Peraturan 14. Sekolah yang tidak lagi berjalan.

(1) Jika Pendaftar mempunyai alasan menasabah yang menunjukkan bahawa mana-mana sekolah yang didaftarkan itu tidak lagi menjalankan urusannya bolehlah ia menyerah atau mengarahkan supaya diserah notis kepada pengurus atau orang yang bertanggungjawab menguruskan sekolah itu meminta supaya dibekalkan kepadanya dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu bukti yang menunjukkan bahawa urusan sekolah itu masih diteruskan.

(2) Jika selepas tempoh tiga puluh hari Pendaftar berpuashati bahawa sekolah itu tidak lagi menjalankan urusannya bolehlah ia membatalkan pendaftarannya.

(3) Jika dalam perkara yang dimaksudkan di bawah perenggan (1) Peraturan ini Pendaftar tidak berupaya mendapatkan sesiapa untuk menerima penyerahan notis itu setelah dijalankan penyiasatan bolehlah ia membatalkan pendaftaran sekolah itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.