Phg. P.U. 18/1998
KEDAH-KAEDAH MASJID 1998
BAHAGIAN III - MESYUARAT




Kaedah 17. Mesyuarat Jawatankuasa Kariah dan Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Negeri dan Masjid Daerah.

(1) Mesyuarat Jawatankuasa Kariah dan mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Negeri dan Masjid Daerah hendaklah diadakan oleh Pengerusi sekurang-kurangnya empat kali setahun tetapi mesyuarat boleh diadakan pada bila-bila masa sekiranya ada perkara mustahak yang hendak dibincangkan untuk membuat sesuatu ketetapan.

(2) Minit mesyuarat yang terdahulu hendaklah dihantar kepada anggota jawatankuasa yang berkenaan bersama surat jemputan seminggu sebelum mesyuarat diadakan.

(3) Mesyuarat boleh diadakan dengan kehadiran separuh daripada anggota jawatankuasa yang berkenaan.

(4) Laporan setiap mesyuarat jawatankuasa yang berkenaan hendaklah dihantar kepada Majlis dan Jabatan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.